Kiriman dengan Label ‘pakaian’

h1

Pakaian Rasmi Acara Majlis Penyampaian Hadiah Dan Penutup KESUMA 2008

Jun 5, 2008

Kepada semua Pegawai, Urusetia, Petugas, Ketua Kontinjen dan Peserta Sukan Malaysia Airports 2008.

Sukan Malaysia Airports 2008 memang dinanti-nantikan oleh wargakerja Malaysia Airports. Temasya sukan ini akan bermula dari 18hb Jun hingga 22hb Jun 2008 bertempat di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, Selangor.

Majlis pembukaan rasmi akan diadakan pada 18hb Jun 2008 di Stadium UiTM Shah Alam, jam 7.45 malam. Manakala, majlis penyampaian hadiah dan penutup akan diadakan pada 21hb Jun 2008 di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, Selangor pada jam 7.45 malam.

Sila rujuk aturcara majlis pembukaan dan penutup untuk maklumat terperinci.

Ingin diingat kepada semua yang terlibat di dalam temasya Sukan Malaysia Airports 2008, pakaian ‘BATIK’ adalah diwajibkan untuk majlis Penyampaian Hadiah dan Penutup.

Jadikan temasya sukan kali ini yang terbaik dan tunjukkan semangat kesukanan dan kekeluargaan yang tinggi disepanjang sukan ini berlangsung.

PENTING!
Hanya Individu yang terlibat dan memakai tag nama rasmi (diedarkan semasa sessi pendaftaran) SAHAJA akan dibenarkan memasuki Dewan Raja Muda Musa untuk Majlis Penyampaian Hadiah & Penutup.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.