Arkib bagi Kategori ‘Penginapan’

h1

Penginapan Kontinjen

Jun 3, 2008

Pihak UiTM Shah Alam telah berbesar hati untuk menawarkan penempatan untuk para kontinjen di Kolej Mawar. Peserta akan disediakan sebuah bilik 2 katil untuk keselesaan anda, termasuk cadar dan sarung bantal. Pastikan anda membawa kelengkapan diri yang sesuai kerana kolej tersebut hanya mempunyai bilik air diluar.



Terletak hanya 10 minit perjalanan kaki ke Kompleks Sukan, Pusat Sukan UiTM dan 15 minit ke Stadium UiTM. Bagi mereka yang menaiki kenderaan sendiri, sila masuk melalui Pintu 2 Kampus UiTM Shah Alam untuk kemudahan anda. Sila pakir kenderaan anda dikawasan pakir yang telah disediakan diluar pintu kolej.

PENTING!
Pada hari pendaftaran, peserta akan diberikan bantal, sarung bantal dan cadar untuk kegunaan sepanjang tempoh penginapan. Peserta adalah bertanggungjawab terhadap barangan tersebut dan MESTI dikembalikan kepada pihak urusetia ketika daftar keluar.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.